Lotto Genting Sdn Bhd telah memperoleh pensijilan Standard Kawalan Keselamatan Persatuan Loteri Dunia: 2020 (WLA-SCS:2020).
WLA-SCS:2020 adalah satu-satunya standard keselamatan yang diiktiraf secara antarabangsa dalam sektor loteri. Ia menggabungkan asas pengurusan keselamatan maklumat yang komprehensif yang mengandungi ISO/IEC 27001:2013, satu standard antarabangsa terkemuka untuk pengurusan keselamatan maklumat, bersama dengan kawalan keselamatan khusus loteri tambahan yang mewakili amalan terbaik semasa. (Untuk maklumat tambahan, sila klik di sini.)
Penilaian akreditasi bagi operasi utama Lotto Genting Malaysia untuk WLA-SCS:2020 dan ISO/IEC 27001:2013 telah dilaksanakan oleh badan pensijilan antarabangsa yang bebas.
Dengan akreditasi ini, Lotto Genting Malaysia telah memenuhi keperluan ketat ISO/IEC 27001:2013 untuk menubuhkan, melaksanakan, menyelenggara, dan terus memperbaiki Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)nya, bersama dengan keperluan keselamatan tambahan yang ditetapkan oleh WLA, termasuk kawalan keselamatan dan integriti khusus loteri.